Thursday 24 January 2013

sinopsis.. my brief idea



Perjalanan hidup yang bersulam ceria dan duka, turun dan naik umpama iman seseorang yang ada ketikanya naik dan turun. Hati manusia yang sentiasa bergolak, dan berbolak balik menjadi rencah kehidupan seorang insan yang ditakdirkan lahir sebagai seorang khalifah oleh Allah ke muka bumi ini.
      Mifthahul Alisya , nama indah seindah orangnya.  “Derina, kamu janganlah main bab-bab hidup mati  ni”    tegur Isya dengan lirik muka yang sayu dan sedih ketika mereka sedang bergurau-gurau. “ maaf banyak-banyak  Isya, saya tidak niat pun nak  buat main-main bab-bab ni.” Derina yang telah menjadi teman sejati Isya sejak kecil lagi lancar menuturkan kata-kata maaf tersebut  dengan wajah yang cukup ikhlas. Baru tiga minggu berlalu setelah pemergian ibu tiri Isya. Sungguh luluh hati Isya selepas mengetahui ibunya pergi sebelum dia sempat memohon maaf atas kesalahan yang mungkin telah dia lakukan sepanjang hidupnya dengan ibu tirinya itu. “mama” panggilan mesra yang Isya beri  kepada wanita yang sudah menjaganya sejak umurnya 4 tahun itu.
      Sejak kecil lagi Isya telah kehilangan ibu kandungnya. Isya lansung tidak pernah ingat atau mempunyai apa-apa memori tentang ibu kandungnya. Mungkin kerana “Dia” pergi terlalu awal sebelum sempat Isya mengenali dan mengingati rupa ibu yang  bersusah payah melahirkannya. “Terima kasih Ibu” ucapan maya Isya kepada insan yang bersabung nyawa melahirkan dia di muka bumi ini.
      Gadis bertudung ini sangat sensatif orangnya. Tetapi ada kalanya sangat garang dan tegas dengan prinsipnya. “Isya tak nak ambil kursus architecture, janganlah paksa-paksa, it’s my future so I have ample of right to decide” tegas Isya kepada abang tirinya, Maliki. Sikit pun Maliki tidak ambil hati dengan kata-kata adiknya itu. Daripada kecil dia membesar bersama Isya malah dia dah seperti ayah kepada Isya sejak bapak tirinya ,iaitu ayah kandung Isya meninggal akibat kemalangan ketika di tempat kerja. Disebabkan beza umur mereka yang 10 tahun itu, Maliki boleh dianggap sebagai ayah, abang dan kawan yang paling memahami buat Isya. “Abang Iki bukan paksa ok…just suggest.. Ish garang benar adik ni. Buat lah ape yang Isya minat. Abg Iki akan sentiasa setuju” tenang MaIiki mengutarakan sokongannya. Lirik senyuman manis meniti di bibir Isya. Dia tahu abang dia seorang ini sahajalah tempat dia meluahkan perasaan dan menumpang kasih. Berbeza dengan kakak tirinya, Rosdina yang lansung tidak anggap Isya sebagai adik tirinya.
       Genap 15 tahun kelahiran Isya , ibu tirinya ada meninggalkan sekeping warkah buat dirinya yang dikirimkam melalui Rosdina. “ Surat apa ni kak Dina” Tanya Isya dengan perasaan bercampur baur. “kau baca sendiri. Mana aku tahu. Surat kau. Aku  jadi penyampai sahaja. Ini hal antara kau dengan ibu. ”
                Surat itu di baca dengan penuh ketelitian. Setiap bait kata yang ditinta dalam surat tersebut menimbulkan seribu satu persoalan dan membawa semangat Isya untuk merungkaikan setiap rahsia yang telah tersimpan lama.
        Setelah setahun zaman sekolah berlalu, tidak disangka-sangka dia bertemu dengan Umar kembali ketika hari orientasi di universiti pilihannya. “Umar tu… dia sentiasa wujud dalam hidup aku” detik kecil hati Isya ketika terkesima melihat kehadiran rakan sekolahnya itu dari jauh. “Aku kena buat gossip ni dengan Derina” tambahannya lagi sambil tersenyum sendirian.
 “Assalamualaikum.. saya nak bercakap dengan Derina Othman boleh?”  tanya  Isya melalui telefon bimbitnya. “ Derina dah tak de.. jangan cari-cari dia lagi.. faham!!!” tersentak Isya di buatnya di gegendang telinganya. Yang Isya pasti suara yang penuh kemarahan tersebut adalah suara pak Ot iaitu bapak Derina.” Apakah yang terjadi pada Derina?  Baru 4 bulan aku tidak telefon dia sebab sibuk dengan persiapan ke universiti dan menjaga anak buah kesayanganku” kerut dahi Isya memikirkan hal kawan baiknya itu.
Pertemuan atas takdir Illahi antara Isya dengan dengan rakan sekuliahnya, Faris telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya.  Isya dapat merasakan mereka sangat serasi bersama. Setiap masa yang diluangkan bersama walaupun dengan hanya berbual kosong mampu mengukir senyuman dan gelak tawa di bibir mereka berdua. Yang menariknya, ada ketikanya pergerakan dan  tingkah laku mereka berdua  hampir serupa dan ini membangkitkan rasa lucu dan geli hati dalam kalangan rakan-rakan sekuliah mereka. “ Kau tengok Isya kat penjuru tu dengan si Faris nun kat belakang tu, dua-dua orang syok tidur tengah tutor ajar kat depan tu, gaya tidur sama pulak tu…Ish.. jodoh benar mereka tu” bebel Haliza ketika dalam kelas tutorial English.  Adakalanya Isya merasakan takdir pertemuannya Faris sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi yang perlu disingkap. Siapakah sebenarnya Faris kepada Isya? Dan siapakah Isya kepada Faris yang selama ini sangat mengambil berat sungguh tentang Isya?

Perjalanan Isya dalam merungkaikan setiap persoalan dan rahsia telah memberikannya banyak pengalaman suka dan duka dalam zaman remajanya  yang penuh cabaran ini. Dalam perjalanan inilah Isya mengenal ibu kandungnya dan konflik yang pernah berlaku keluarganya. Dalam menyusuri zaman remaja inilah Isya mula memahami tingkah laku dan emosi yang ditunjuk oleh Kak Dina kepadanya.
                 Bukan itu sahaja, berlaku juga kejutan dan kesedihan dalam sepanjang perjuangannya mencari kebenaran tersebut. Insan yang selama ini Isya bergantung kasih dan harapan rupa-rupanya mempunyai hasad dengki dan rancangan jahat terhadap dirinya.  Mungkinkah  Isya dapat mencari kasih dan cinta yang tulus untuknya? Dapatkah Isya mengenali dan merungkai segala rahsia yang disimpan kemas oleh ibu, ayah dan kak rosdina? Dan benarkah abang Iki tulus berkorban untuk Isya ataupun korbannya itu adalah semata-mata  untuk menebus dosa-dosa semalam terhadap adik tirinya?
 Sepanjang ranjau perjalanan hidup remaja inilah Isya belajar dan mengerti erti kasih keluarga, persahabatan, pengorbanan, berusaha mencapai impian dan erti cinta anugerah Illahi. “Alhamdulillah, Allah ternyata masih kasih padaku. Aku ingin terus berada dalam kasihNya kerana aku tahu hanya kasihNya nyata  tulus dan ikhlas buat walaupun ku tahu adakalanya  manusia berpura-berpura menyayangiku” senyuman bersama beberapa  titisan jernih air mata mengiringi monolog benak hatinya ini. Luas pandangannya menikmati dan menghayati  luasnya laut yang tiada sempadan dan juga gulungan ombak yang datang dan pergi mengikut rentak alam. “Inilah kehidupan ciptaan Allah” jerit Isya kepada laut yang terbentang di hadapannya.
nantikan permulaan bab cerita ni....heheheehe

assalamualaikum..

terima kasih..hehehehe