Tuesday 30 April 2013

selamat Hari Pekerja ; bekerja kerana Allah

Titik peluh yang dikerah, jika hanya kerana wang memang rugilah kita. Kerana wang akan tetap ghaib lepas kita laburkan untuk keperluan dan memuaskan kehendak. Dan sudah pasti bukan mudah untuk nafsu ini puas dengan rezeki yang dikurniakan kerana bak kata pepatah makin besar periuk nasi, makin besar keraknya. Jadi jika penat lelah ini hanya kerana wang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang fana ini pasti kita adalah orang yang rugi dan sentiasa diselebungi kepenatan.Tetapi berbeza jika kerja yang dilakukan diniatkan kerana Allah. Kita pasti rasa debar dan teruja untuk menanti ganjaran di hari akhirat nanti kerana bagi individu muslim saatnya berehat hanya apabila dia telah dijemput ke alam akhirat. Subjektifnya perkataan bekerja yang bukan hanya pada konteks mereka yang menyandang jawatan dalam sesebuah syarikat ataupun berniaga sendiri, Tetapi belajar juga satu pekerjaan jua. Dalam bertugas sebagai pelajar, kita perlu amanah dan juga berniat setiap langkah kita bukan hanya untuk dapat kerja di masa hadapan tapi yang lebih utama mendapat keredaan Allah. Jikalau lah harapan kita dengan segala tugasan dan aktivit yang kita lakukan di zaman belajar hanya untuk mendapatkan kerja di masa hadapan kita silap. Yang perlu kita kejar ketika meniti zaman belajar adalah keredhaan Allah.Kerana hanya dengan keredhaannya sahajalah kita dapat menempah hidup yang aman dan bahagia di masa hadapan. Kerana Allah Maha Mengetahui, dan Dia sahaja yang tahu yang terbaik untuk kita di masa kini dan hadapan. Tapi ini tidak bermakna kita perlu berpeluk tubuh dan hanya  duduk beribadah sepanjang masa ketika zaman belajar. Tanggapan dan pandangan sebegini sangat dangkal. Yang penting di sini adalah niat. Kerana niat atau tujuan setiap langkah kita dikira Allah. Jika niat kita kerana Allah, pastinya Allah akan beri tuntunan, cepat atau lambat adalah hanya dalam perkiraanNya. Kita sebagai muslim bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh dan terbaik. sebagai motivasi, jelajah dan terokai bumi yang telah Allah ciptakan. Berjumpalah dengan jutaan makhluk yang dijadikan oleh Allah. Inilah segala adalah bukti kebesaran Allah. Hidup kerana Allah tiada apa yang dirugikan.