Sunday 13 August 2017

Kembali

Hatiku bukan ku punya 
Namun aku lakukan bak aku miliki seluruhnya 
Aku tahu namun aku buat dek aku tidak 
Aku sedar namun aku bagaikan tidak 
Lalai menjadi tempat dalam hati ini. 

Tika gembira, 
Hatiku dipaut ke arah yang jauh dari fitrah
Bagai terperangkap dalam jala yang ditebar
terhanyut di bawa ke daratan 
terus lemas dalam daratan, 
Daratan yang penuh godaan dunia. 

Aku ingin kembali, 
Namun aku perlukan Kau, 
Memanggil dan menyeru, 
Kerna aku tiada daya tanpa kau genggam tangaku, 
Meniti titian berduri untuk menuju kepadaMu semula

Aku insan yang tidak menyanyangimu sepenuhmya, 
Seperti mana Kau tumpahkan belasMu padaku, 
Aku insan yang tidak tunduk serendahnya padaMu, 
Seperti mana Kau sempurnakan penciptaanMu, 
Namun aku berjanji tidak akan pernah berpaling darimu. 

Sunday 6 August 2017

Adil

Aku insan yang kerdil, 
Sejak dilahirkan tiada apa, 
Hanya meminta dari yang Berkuasa, 
Walaupun helaan nafasku bukan aku yang aku miliki, 
Walaupun kerdipan mataku bukan aku yang aturkan, 
Ada yang Perkasa menentukan segalanya buat aku. 

Didikan bonda dan ayahnda, 
Menjadikan aku bersandar padaNya lebih dari segala, 
Iman yang diletak di hati ini menjadikan aku, 
Sentiasa meminta hanya padaNya, 

Permintaan aku padaNya sentiasa berubah, 
Kerna  aku insan yang berbolak hatinya, 
Kepentingan duniawi dan akhirat berselang seli, 
Menjadi keinginan untuk dicapai demi kepuasan dan kesenangan hati, 

Keinginan yang aku pinta mampu aku senaraikan, 
Namun tidak kesyukuran yang aku laksanakan, 
Tiada keadilan di dunia, 
Bukan Dia kepada aku, 
Tapi aku kepada Dia.