Friday 15 December 2017

Tentang Kita

Bicara tentang kita,
Aku masih tidak kelihatan sama kamu,
Bicara tentang kita,
Aku masih bisa sabar menantikan kamu,
Bicara tentang kita,
Mungkin kita akan jua bersua.

Aku percaya Dia tetap akan takdirkan sesuatu,
Sama ada kita wujud atau sebaliknya,
Aku mencuba supaya tidak ada putus harapnya,
Pabila kita sentiasa menjadi persoalan,
Misteri yang hanya terungkai dengan masa depan.

Kau, aku atau kita,
Segala dihadapan tidak dapat ku agak,
Hanya doa dan sangkaan baik menjadi iringan,
Kerna aku bukan menentukan seluruhnya takdir ini,
Aku berserah kuat pada yang lebih memiliki.

Namun manusia gesa dan melulu menurut hati,
Pemisah antara petunjuk dan penurut adalah nipis sekali,
Aku keliru dan selalu tidak pasti,
Mahu menurut atau perlu lagi ditapis,
Aku tetap cuba mencari kepastian dalam diri.


No comments:

Post a Comment