Tuesday 9 January 2018

CERMIN

Hampir setiap hari kita cermin  fizikal kita di hadapan cermin. Pantulan yang dilihat bakal dinilai sama ada cukup kemas dan indah atau tidak. Jika ada yang tidak kemas akan disematkan. Jika ada yang tercalit comot akan cuba untuk diperindahkan. Perlakuan ini pastinya ada bersangkut paut dengan insan disekeliling yang memerhati kerana cermin ada kembar kepada orang disekitar kita. Apa yang kita lihat dicermin, begitu juga sudut lensa bagi insan dikeliling. Namun cermin hanya mampu memantulkan fizikal kita. Tidah dapat memantulkan akhlak dan perlakuan kita yang kita sendiri tidak dapat pertotonkan. Pernahkah kita sendiri terfikir jika ada cermin yang memantulkan akhlak kita, apakah yang akan kita lihat? Adakah lebih mudah untuk kita berubah? Adakah kita akan lebih sedar tentang perlakuan kita yang mungkin tidak menyenangkan? Jika kita tiada cermin jenis ini maka kita kena mencari kembar kepada cermin ini. Kembarnya ada sahabat yang setia ataupun ahli keluarga yang ikhlas menegur kita. Bila ditegur tentang perlakuan kita yang tidak menyenangkan jangan bersangka buruk. Cuba hayati dan kisarkan teguran dan menjadikan sebagai satu platform perubahan. Akhlak orang sekeliling kita kepada kita juga adalah cerminan bagaimana akhlak kita dengan orang orang tersebut. Selalulah menilai diri kita bukan hanya pada fizikal kerana akhlak dan hati yang indah adalah lebih dituntut dan membawa kedamaian yang sentiasa di cari oleh setiap insan seperti kita. 

No comments:

Post a Comment